Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    F1 gesa siasatan ke atas Horner dipercepat

    PARIS, 19 FEB – Formula Satu (F1) kelmarin menggesa Red Bull menyelesaikan siasatan mereka terhadap ketua pasukan, Christian Horner ‘secepat mungkin’.

    Persiapan pasukan juara dunia itu pada musim baharu telah terganggu oleh tuduhan tingkah laku tidak wajar yang dilemparkan terhadap Horner oleh seorang kakitangan wanita.

    Syarikat induk Red Bull, gergasi minuman Austria, melantik peguam luar untuk mengendalikan siasatan itu.

    Horner telah disoal siasat selama lapan jam oleh peguam di lokasi rahsia di London minggu lalu, beberapa hari sebelum salah seorang ketua pasukan paling berjaya sepanjang zaman muncul pada pelancaran kereta 2024 itu pada Khamis lalu.

    F1 mengeluarkan kenyataan umum pertamanya mengenai perkara yang telah menggegarkan sukan itu tiga hari sebelum ujian pramusim bermula di Bahrain pada Rabu.

    “Kami mendapati Red Bull telah memulakan siasatan bebas terhadap dakwaan dalaman di Red Bull Racing.

    “Kami berharap bahawa perkara itu dapat dijelaskan secepat mungkin, selepas proses yang adil dan teliti,” menurut kenyataan tersebut.

    Ia menambah, “Kami tidak akan mengulas lanjut buat masa ini.” – AFP

    Horner melihat semasa Grand Prix Abu Dhabi di Litar Yas Marina, Emiriah Arab Bersatu pada 26 November 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda