PARIS, 28 MEI – Perbelanjaan oleh pasukan Formula Satu akan dihadkan kepada AS$145 juta pada 2021 dan pengehadan selanjutnya sebanyak AS$135 juta pada 2023, mereka mengumumkan kelmarin ketika peraturan sukan cuba untuk mengurangkan beban akibat pandemik koronavirus.
Majlis Sukan Permotoran Dunia FIA mengesahkan pindaan peraturan F1 dalam satu musim yang terjejas akibat COVID-19 dengan 10 dari 22 perlumbaan yang dijadualkan sudah dibatalkan atau ditunda.
Mulai 2021, perbelanjaan akan dihadkan pada AS$145 juta dengan had AS$140 pada 2022 dan AS$135 juta pada tahun 2023 hingga 2025, berdasarkan musim 21 perlumbaan.
“Satu langkah utama untuk kelestarian @F1 dan sukan motor. Terima kasih kepada semua, @F1 dan pasukan-pasukan atas pencapaian ini,” menurut presiden FIA, Jean Todt menerusi Twitter.
Sebelum dilanda pandemik, batas perbelanjaan sebanyak AS$175 telah diperkenalkan untuk tahun hadapan bagi membantu meningkatkan kejohanan.

Majlis Sukan Permotoran Dunia telah meluluskan perubahan lebih lanjut terhadap peraturan yang menguruskan FIA Kejohanan Dunia Formula Satu terutamanya disebabkan oleh keperluan berterusan untuk mengurangkan kos dan menjaga sukan ini akibat pandemik COVID-19,” menurut kenyataan FIA.
Selain pengehadan bajet, FIA juga bersetuju untuk membuat perubahan daripada segi teknikal dan peraturan sukan.
Paling penting adalah sistem diubah yang telah diperkenalkan bagi pembangunan aerodinamik, juga turut akan dibawa masuk pada tahun 2021.
“Formula 1 menang hari ini,” kata Zak Brown, ketua eksekutif McLaren.
“Ini adalah saat yang penting bagi sukan kita”.
F1 telah mengalami kewangan yang tidak stabil dalam tahun-tahun kebelakangan, dan tidak beraksi akan memberikan risiko terhadap masa depan F1 dan para pesertanya”.
Musim Formula Satu 2020 akan bermula di Austria dengan perlumbaan berulang pada 5 dan 12 Julai. – AFP