Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    F1 lanjut kontrak Azerbaijan hingga 2030

    BAKU, 21 SEPT – Perlumbaan Formula 1 (F1) akan terus berlangsung di Baku sehingga 2030 selepas penganjur dan kerajaan Azerbaijan kelmarin bersetuju lanjutkan kontrak Grand Prix Azerbaijan selama empat tahun, menurut Baku City Circuit.

    Ketua Pegawai Eksekutif F1, Stefano Domenicali menyifatkan litar itu sebagai ‘unik’ kerana menggabungkan laluan lurus panjang dengan selekoh sempit melalui yang bandar lama, sekali gus menghadirkan, “perlumbaan penuh peristiwa dan menghiburkan setiap tahun.”

    “Pembaharuan ini mencerminkan kepercayaan serta komitmen kukuh antara Formula 1, kerajaan Azerbaijan dan penganjur, serta membuka jalan kepada masa depan yang lebih menarik di negara ini,” katanya.

    Litar sepanjang enam kilometer itu menarik peminat dari lebih 70 negara dan wilayah pada 2024, dengan tontonan global di kaca TV mencecah 66 juta penonton, menurut penganjur.

    Pertama kali dianjurkan pada 2016, Baku City Circuit terkenal dengan perlumbaan yang sukar diramal, dengan tujuh pemenang berbeza dalam lapan edisi. 

    Setakat ini, hanya Sergio Perez pernah meraih kemenangan dua kali, manakala Lewis Hamilton, Max Verstappen dan Oscar Piastri turut tersenarai sebagai pemenang lain. – Bernama

    Aksi pemandu Red Bull Max Verstappen semasa kelayakan ke Grand Prix Formula Satu Azerbaijan di Baku, Azerbaijan kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda