F1 mesra alam menjelang 2030

AUSTIN, 12 NOV – Formula Satu (F1) akan membincangkan garis panduan terbaharu, hari ini untuk memberi wajah berbeza terhadap sukan permotoran itu dalam usaha memastikan alam sekitar lebih bersih.

Imej minyak pelincir, enjin, bunyi bingit dan bau petrol akan diketepikan oleh pemilik Liberty Media yang berjanji untuk menjadikan perlumbaan grand prix tanpa pencemaran karbon menjelang 2030.

Pendekatan itu juga akan membolehkan peminat turut memainkan peranan mereka kepada menyelamatkan persekitaran daripada pencemaran.

Insentif akan ditawarkan kepada peminat yang menggunakan perkhidmatan awam, basikal atau kereta mesra alam. Ganjaran akan diberikan termasuk tempat letak kereta percuma dan pertandingan tertentu.

Perjumpaan hari ini dilakukan beberapa minggu selepas juara dunia, Lewis Hamilton mencetuskan kontroversi apabila meminta peminatnya di media sosial memerangi pemanasan global.

Strategi Liberty itu pasti memberi kelegaan buat Hamilton yang hanya makan sayur-sayuran sekali gus mendorong F1 untuk menawarkan pilihan makan sihat kepada peminat F1. – Agensi