LE CASTELLET, 25 JUN – Lewis Hamilton dan Mercedes semakin hampir untuk memecahkan beberapa rekod hebat Formula Satu (F1) dengan kejayaan sempurnanya dalam Grand Prix Perancis baru-baru ini.
Tetapi kejayaan luar biasanya itu, kemenangan keenam dalam lapan perlumbaan tahun ini, mencetuskan tindak balas negatif daripada sebahagian pengkritik, yang melihat dominasi Mercedes ‘membosankan’ dan perlumbaan kekurangan suspen dan tidak begitu menyeronokkan.
Hamilton, yang mengakui kejayaan itu seperti ‘kurang dipercayai’, berkata dia memahaminya jika para penonton, atau penonton dari siaran global, hilang minat tetapi mengesa mereka menyalahkan peraturan sukan itu, bukan para pemandu. “Kami memerlukan satu rombakan dramatik,” katanya dengan menambah bahawa struktur pengurusan sukan itu juga memerlukan rombakan.
Dia menambah, “Ia benar-benar penting bahawa orang ramai perlu sedar ia bukan salah para pemandu, ini adalah kitaran berterusan F1 selama bertahun-tahun. Dan sebelum saya memasuki F1 lagi, ia adalah kerana cara Bernie (Ecclestone) menetapkannya dan semua keputusan yang mereka buat.
“Pada pendapat saya, selagi struktur itu tidak berubah, ia akan tetap sama.”
Ketika Hamilton dan Mercedes meneruskan prestasi pecah rekod mereka, ia adalah tidak masuk akal untuk meminta pasukan itu untuk memperlahankannya, jelas presiden badan pentadbir sukan itu, Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIA) Jean Todt.
“Ia pemandangan yang cantik untuk melihat 20 buah kereta di atas litar yang hebat, benar-benar moden, litar lumba permotoran sebenar, dengan pasukan-pasukan dan pemandu-pemandu terhebat di dunia,” katanya.
“Kemudian, jika sebuah pasukan lebih hebat, dan anda lihat situasi dalam semua sukan, ia adalah kerana ia adalah yang terkuat.” – AFP
