Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    F1 tolak penyertaan Andretti

    PARIS, 1 FEB – Formula Satu (F1) kelmarin berkata ia telah menolak tawaran pasukan Amerika Syarikat (AS), Andretti untuk menyertai kejuaraan itu, memetik kebimbangan mengenai tahap daya saing pasukan tersebut.

    Andretti, yang diketuai oleh juara dunia 1978, Mario dan anaknya, bekas pemandu McLaren, Michael, telah memohon untuk menjadi pasukan F1 yang ke-11 dari tahun 2025 atau 2026.

    “Proses penilaian kami telah menunjukkan bahawa kehadiran pasukan ke-11 itu tidak akan, pada dasarnya, memberikan nilai kepada kejuaraan,” kata Formula Satu dalam satu kenyataan.

    “Cara yang paling signifikan di mana peserta baharu akan membawa nilai adalah dengan menjadi peserta yang berdaya saing. Kami tidak percaya bahawa pemohon tersebut akan menjadi peserta yang kompetitif,” tambahnya.

    Bagaimanapun, peluang masih terbuka untuk penyertaan mulai 2028, apabila rakan kongsi Andretti, General Motors (GM) – yang menyokong pasukan itu melalui jenama mewahnya, Cadillac – merancang untuk mengeluarkan enjinnya sendiri.

    Pasukan itu terpaksa menggunakan enjin daripada pengeluar sedia ada sehingga tempoh masa tersebut, yang menimbulkan keraguan mengenai keupayaannya untuk bersaing dengan betul.

    “Saya berasa hampa. Saya tidak akan mengatakan apa-apa lagi kerana saya tidak dapat mencari perkataan lain selain hampa,” kata Mario Andretti, yang berlumba dalam Formula Satu dari 1968 hingga 1982 dan memenangi 12 grand prix. – AFP

    Mario Andretti semasa mengikuti sesi latihan Grand Prix Formula Satu Amerika Syarikat di Litar Amerika di Austin, Texas, pada 22 Oktober 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...