Saturday, May 10, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    F1 Vietnam diadakan hujung tahun

    HANOI, 29 MEI – Grand Prix Formula Satu (F1) Vietnam mungkin akan diadakan pada akhir tahun ini – tanpa kehadiran penonton antarabangsa, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

    Pihak penganjur sedang berusaha untuk memastikan ia dapat dilangsungkan. Perlumbaan yang dijadual pada April itu terpaksa dibatalkan ekoran penularan wabak COVID-19.

    Rancangan menjadi tuan rumah perlumbaan berprestij pada November itu akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Rakyat Hanoi dan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), andai semua syarat keselamatan berjaya dipenuhi.

    Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif F1 Chase Carey mengadakan rundingan mengenai rancangan menganjurkan perlumbaan di Austria, England, Sepanyol, Jerman dan Belanda.

    Perlumbaan F1 Austria secara prinsipnya sudah dipersetujui dianjurkan pada 5 Julai, dan menunggu persetujuan pihak kerajaan. Di United Kingdom, perlumbaan juga boleh diteruskan, jika semua anggota pasukan dikuarantin selama 14 hari sebelum acara berlangsung.

    Penganjur berdepan kerugian sebanyak AS$35 juta, jika perlumbaan di Vietnam dilangsungkan tanpa kehadiran penonton, berikutan itu pihak penganjur memutuskan untuk membenarkan kehadiran peminat tempatan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda