LONDON, 7 Jan – Persatuan Bola Sepak akan menjalankan siasatan mengenai pertengkaran mulut antara pemain Liverpool Roberto Firmino dan Mason Holgate dari Everton semasa pertembungan pusingan ketiga Piala FA di Anfield. Pengadil Bobby Madley memberi rujukan mengenai dakwaan yang dilaporkan kepadanya, ia difahamkan bahawa tuduhan itu dibuat oleh pertahanan Everton semasa dalam padang dan pihak berkuasa Everton selepas perlawanan dan badan berkuasa akan melihat kembali insiden tersebut.
“FA telah mengesahkan bahawa pengadil Bobby Madley sedar mengenai dakwaan itu semasa pertembungan Liverpool dan Everton di Anfield tempoh hari dan kemudiannya dilaporkan kepada FA di mana kini akan menjalankan siasatan mengenai perkara ini,” menurut kenyataan FA. Firmino dan Holgate terlibat dalam insiden pertengkaran mulut selepas pertahanan The Toffees itu menolak pemain Brazil ke arah tempat duduk penonton sebelum separuh masa pertama di mana Liverpool beroleh kemenangan 2-1.
Pengurus Everton Sam Allardyce ditanya ketika sidang media selepas perlawanan, adakah insiden itu dibayangi dengan komen perkauman, Big Sam berkata: “Saya tidak memberitahu anda apa-apa sehingga siasatan selesai dilaksanakan untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang tidak berlaku.
“Saya di sini bercakap mengenai bola sepak, bukan insiden kontroversi. Saya hanya mahu bercakap mengenai bola sepak. – AFP