Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    FA dakwa Man City

    LONDON, 5 DIS – Manchester City telah didakwa oleh Persatuan Bola Sepak (FA) kelmarin atas tingkah laku pemain mereka pada saat-saat akhir perlawanan setelah seri 3-3 menentang Tottenham pada hujung minggu.

    Beberapa bintang City, termasuk Erling Haaland yang marah, mengepung pengadil Simon Hooper selepas dia gagal memberikan kelebihan pada saat-saat akhir pertembungan Liga Perdana yang mendebarkan di Stadium Etihad baru-baru ini.

    Haaland telah dikasari tetapi tidak mengendahkan asakan Emerson Royal untuk menyambung permainan dengan Jack Grealish, tetapi Hooper menghentikan permainan untuk menghadiahkan tuan rumah sepakan percuma, walaupun sebelum itu sudah mengarahkan permainan diteruskan.

    Haaland terus menyuarakan kemarahannya ketika dia meninggalkan padang selepas wisel penamat dan dia meneruskan bantahannya selepas perlawanan dengan menyiarkan semula klip insiden itu di X, dengan komen bahasa kesat.

    Pengurus Pep Guardiola berkata dia memahami kemarahan penyerangnya.

    “Dia sedikit kecewa,” kata bos City itu selepas perlawanan. “Malah pengadil – jika dia bermain untuk Man City hari ini dia pasti kecewa dengan tindakan itu.”

    Kelmarin, FA mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa City telah dikenakan dakwaan.

    “Manchester City dikenakan dakwaan melanggar peraturan FA E20.1 selepas pemain mereka mengepung pegawai perlawanan semasa perlawanan Liga Perdana menentang Tottenham Hotspur baru-baru ini, 3 Disember 2023,” kata badan induk itu dalam satu kenyataan.

    “Didakwa, pada minit ke-94 perlawanan, kelab gagal memastikan pemain mereka tidak berkelakuan secara tidak sopan.

    “Manchester City mempunyai masa sehingga Khamis, 7 Disember untuk menjawab pertuduhan itu,” tambahnya. – AFP

    Pep Guardiola (kiri), bercakap dengan kakitangan pasukan Tottenham manakala Erling Haaland (kanan), berhujah dengan pemain Tottenham, pada akhir perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris di stadium Etihad di Manchester, England pada 3 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...