Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    FABD anjur perlawanan persahabatan bola sepak

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 FEB – Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD) akan menganjurkan perlawanan bola sepak persahabatan antara Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dengan Pasukan BSL All Star + Foreign Players pada 26 Februari ini, di Belapan dan Padang, Kompleks Sukan Berakas pada jam 8:15 malam.

    Perlawanan tersebut diadakan bagi memantapkan pasukan bola sepak negara sebagai persiapan untuk mengikuti kejohanan-kejohanan serantau dan antarabangsa, di mana pemenang perlawanan akan membawa pulang hadiah sebanyak $1,500.

    Perlawanan itu juga bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40 dengan orang ramai boleh menyaksikannya secara percuma.

    Menurut FABD, perlawanan itu bakal menjanjikan pertemuan menarik apabila pasukan BSL juga akan membarisi beberapa pemain luar negara untuk menguji kekentalan pasukan bola sepak kebangsaan. FABD berharap perlawanan itu nanti dapat meningkatkan semangat dan kualiti permainan pasukan bola sepak negara.

    Sementara itu, kanak-kanak yang berusia di antara lapan hingga 12 tahun juga digalakkan untuk hadir menyaksikan bagi sama-sana memeriahkan perlawanan tersebut. Mereka akan diberi peluang untuk menyertai persembahan kemahiran menimbang bola (ball juggling) semasa waktu rehat perlawanan.

    Selain itu, para peserta juga digalakan membawa kasut bola sendiri dan menyertai pertandingan menimbang bola.

    Peserta yang menimbang bola mencapai 5 minit (minimum) akan layak dan seterusnya tiga penimbang terbaik akan menerima hadiah daripada FABD.

    Gambar Fail
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda