Saturday, February 8, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    FABD mahu contohi bola sepak Jepun

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 FEB – Dalam usaha mengukuhkan dan meneroka kerjasama erat dalam pembangunan serta kemajuan bola sepak di kedua-dua buah negara, Presiden Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD), Feisal Eusoff mengadakan kunjungan hormat kepada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kedutaan Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Maeda Toru yang berlangsung di Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam, baru-baru ini.

    Semasa perjumpaan itu, Feisal menyuarakan rasa syukur atas sokongan berterusan Jepun dalam latihan bola sepak, kewangan dan kelengkapan sukan serta mencari kerjasama lanjut untuk meningkatkan kualiti bola sepak di Brunei.

    Tumpuan kerjasama itu adalah untuk memperkukuhkan hubungan dalam bola sepak wanita, pembangunan akar umbi dan program bola sepak senior.

    FABD, di bawah pimpinan Feisal, berhasrat untuk mencontohi kecemerlangan bola sepak Jepun dalam tempoh satu hingga tiga tahun akan datang. Menekankan komitmen untuk membalas kebaikan Jepun, pertemuan itu menggariskan niat untuk bergerak seiring dengan visi Jepun dalam pembangunan bola sepak.

    Feisal, secara khususnya, menekankan hasrat yang tulus untuk mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara melalui bahasa universal bola sepak.

    “Ini adalah pertemuan yang sangat baik dengan Tuan Yang Terutama dan FABD bersyukur atas hasil yang memberangsangkan,” kata Presiden FABD.

    Pertemuan berkenaan menandakan langkah positif menuju pengukuhan kerjasama antara Jepun dan Brunei Darussalam dalam bidang pembangunan bola sepak.

    Sementara kedua-dua negara menantikan manfaat kerjasama itu, Kedutaan Jepun berperanan sebagai fasilitator untuk usaha yang positif berkenaan.

    Feisal serta rombongan mengadakan kunjungan hormat kepada TYT Maeda Toru di Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN FABD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda