Oleh Salawati Haji Yahya – BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JUN – Bagi mengukuhkan perhubungan dan persefahaman, Presiden Persekutuan Bola Sepak Sri Lanka (FFSL), Jaswar Umar telah mengadakan kunjungan muhibah kepada Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD) di Rumah FABD, hari ini. Kunjungan tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Presiden FABD, Haji Mahrub Haji Murni. Dalam perjumpaan

