Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fabian Ruiz bawa Napoli ke puncak liga

    MILAN, 28 FEB – Fabian Ruiz membawa Napoli di puncak Serie A kelmarin dengan kemenangan yang menakjubkan, pada detik terakhir dalam kemenangan mendebarkan 2-1 di Lazio.

    Pemain antarabangsa Sepanyol, Fabian, meledak gol kali pertama pada minit ke-94 di Stadio Olimpico di Rom untuk merampas tempat pertama daripada AC Milan menerusi perbezaan gol.

    Golnya dijaringkan pada penghujung perlawanan penuh peristiwa yang Lazio fikir mereka telah seri apabila Pedro merembat bola voli ketika berbaki dua minit untuk membatalkan gol pembukaan hebat pada minit ke-62 daripada Lorenzo Insigne.

    Gol pertama Insigne daripada permainan terbuka musim ini menepis ejekan yang mengiringi penggantiannya semasa membelasah Barcelona 4-2 Khamis lalu.

    Jaringan Fabian memastikan skuad kendalian Luciano Spalletti memanfaatkan dengan sempurna kedua-dua Milan dan juara Inter, yang ketinggalan dua mata di tempat ketiga tetapi dengan satu perlawanan dalam tangan, hanya berjaya seri di tangan lawan yang terancam dengan penyingkiran Jumaat lalu.

    “Semua orang mematahkan semangat pasukan ini dengan mengatakan ia tidak mempunyai watak, saya ingin melihat apa yang mereka katakan sekarang,” kata Spalletti, jengkel de-ngan kritikan terhadap pasukannya selepas Barca.

    “Terdapat suasana yang tidak baik di sekeliling pasukan ini kerana orang mengatakan bahawa pemain lembut, bahawa mereka tidak mempunyai watak. Baiklah, malam ini mereka mempunyai watak, atau tidak?” – AFP

    Aksi Lorenzo Insigne menjaringkan gol pertama dalam perlawanan antara Napoli dan Lazio kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda