Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fabian Schar bersara daripada bola sepak antarabangsa

    BERN, SWITZERLAND, 27 OGOS – Pemain pertahanan Switzerland, Fabian Schar mengumumkan persaraannya daripada pasukan kebangsaan kelmarin, menjadi pemain veteran ketiga dalam skuad suku akhir Kejohanan Eropah yang memilih untuk memberikan tumpuan kepada bola sepak kelab.

    Schar, penjaga gol, Yann Sommer dan pemain tengah, Xherdan Shaqiri telah secara terkumpul telah bermain lebih daripada 300 perlawanan untuk Switzerland dan kebanyakannya dalam pasukan yang sama sepanjang dekad yang lalu. Ketiga-tiganya membuat penampilan sulung antarabangsa senior mereka semasa bermain untuk Basel.

    Schar yang berusia 32 tahun berkata dalam satu kenyataan dari persekutuan bola sepak Switzerland bahawa dia mahu menumpukan perhatian bermain untuk kelab Liga Perdana Inggerisnya, Newcastle.

    “Selepas lebih 10 tahun dan 86 perlawanan dengan Switzerland, tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal,” kata Schar, yang menjaringkan lapan gol pada masa itu.

    Perlawanan terakhir Schar untuk Switzerland adalah semasa penyingkiran Euro 2024 menentang England dalam penentuan sepakan penalti selepas seri 1-1. Dia berjaya menjaringkan sepakan penalti dalam penentuan tersebut.

    Switzerland hampir mara ke separuh akhir kejohanan utama buat pertama kalinya, sehingga gol penyamaan pada minit ke-80 oleh pemain sayap England, Bukayo Saka. – AP

    Aksi Schar (kiri) semasa perlawanan bola sepak suku akhir pada kejohanan bola sepak Euro 2024 di Duesseldorf, Jerman pada 6 Julai lalu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda