Monday, February 24, 2025
32.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fabrica teruskan sumbangan langsir menjelang perayaan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 FEB – Bagi memberi keceriaan kepada golongan yang memerlukan, syarikat Fabrica Sdn Bhd meneruskan lagi sumbangan sebanyak 20 set langsir hasil promosi trade-in langsir daripada pelanggan baru-baru ini.

    Sumbangan kali ini diserahkan kepada Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) yang mana majlis penyerahan sumbangan tersebut diadakan di Dewan Majlis Fabrica, Jalan Telanai.

    Hadir bagi menyerahkan sumbangan tersebut adalah Pengarah Urusan Fabrica Sdn Bhd, Steven Peng Yan Hoe kepada Yang DiPertua MKM, Haji Mohd Yusof Shaik Abdul Halim.

    Dengan adanya sumbangan kepada masyarakat, sedikit sebanyak dapat memberi keceriaan kepada penerima lebih-lebih lagi dalam membuat persiapan kedatangan bulan Ramadan dan Syawal.

    Steven Peng Yan Hoe menyerahkan sumbangan kepada Haji Mohd Yusof Shaik Abdul Halim. – GAMBAR SERAHAN FABRICA SDN BHD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda