Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Facebook gagal kesan ungkapan kebencian terhadap Rohingya

    JAKARTA, INDONESIA, 22 MAC – Satu laporan baharu telah mendapati bahawa Facebook gagal mengesan ungkapan kebencian dan seruan bagi keganasan terhadap minoriti Muslim Rohingya, bertahun-tahun selepas perbuatan itu didapati memainkan peranan dalam genosid terhadap mereka.

    Laporan yang dikongsikan secara eksklusif dengan The Associated Press (AP) menunjukkan bahawa kumpulan hak asasi kemanusiaan Global Witness menghadapkan lapan iklan berbayar bagi pengesahan kepada Facebook, setiap satu merangkumi versi ungkapan kebencian berlainan terhadap Rohingya.

    Kesemua iklan berkenaan diluluskan oleh Facebook untuk diterbitkan.

    Kumpulan berkenaan menarik balik iklan berkenaan sebelum dimuat naik atau dibayar, tetapi keputusan-keputusan itu mengesahkan bahawa sebalik janji-janjinya untuk melakukan lebih baik, kawalan Facebook yang bocor masih gagal mengesan ungkapan kebencian dan gesaan bagi keganasan di platformnya.

    Kelmarin, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken juga mengumumkan bahawa AS melihat keganasan terhadap Rohingya sebagai genosid.

    Deklarasi berkenaan adalah untuk menjana tekanan antarabangsa dan sebagai asas bagi potensi tindakan undang-undang, Blinken berkata. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...