SAN FRANCISCO, 2 DIS – Syarikat induk Facebook semalam menggagalkan kempen antivaksin COVID-19 yang mengganggu pekerja perubatan, wartawan dan beberapa pegawai yang dipilih sebagai isyarat tekanan berterusan terhadap maklumat tidak sahih berkaitan pandemik itu.
Gergasi media sosial itu membatalkan akaun di Perancis dan Itali yang dikaitkan dengan gerakan konspirasi dikenali sebagai ‘V_V’, yang membanjiri hantaran provaksin dengan puluhan ribu komen. – AFP