SAN FRANCISCO, 29 NOV – Facebook dan Instagram kembali pulih selepas mengalami gangguan semalam, yang menghalang pengguna melayari akaun masing-masing.
“Awal hari ini, orang ramai berdepan masalah untuk melayari akaun Facebook masing-masing. Isu itu berjaya diselesaikan dan perkhidmatan media sosial ini sudah boleh digunakan 100 peratus,” kata jurucakap syarikat menerusi satu kenyataan.
Menurut Facebook, gangguan berkenaan berpunca daripada masalah pada perisian utama media sosial itu, yang menyebabkan perkhidmatannya tergendala selama beberapa jam.
Sebahagian besar pengguna mengambil peluang meluahkan rasa tidak puas hati masing-masing di Twitter susulan gangguan itu. – AFP