WASHINGTON, 26 OGOS – Facebook bersedia untuk melancarkan dompet digital yang membenarkan pengguna menyimpan mata wang kripto, kata seorang eksekutif syarikat dalam temu bual media Amerika Syarikat (AS) semalam. David Marcus, ketua unit kripto Facebook, memberitahu laman berita The Information bahawa pihak pengurusan syarikat ‘rasa komited’ untuk melancarkan dompet digital bernama Novi pada tahun ini.