Thursday, February 6, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Facebook pertimbang caj untuk akses data

    SAN FRANCISCO, 29 Nov – Facebook menyatakan bahawa ia menimbang untuk mengenakan bayaran kepada pengeluar aplikasi bagi menggunakan data di rangkaian social itu.

    Tindakan sedemikian akan menjadi satu peralihan besar daripada dasar yang enggan menjual maklumat anggota Facebook, yang ditekankan oleh rangkaian sosial ketika menghadapi kritikan mendakwa ia lebih berminat untuk memperoleh keuntungan daripada melindungi privasi.

    “Secara terus-terang, Facebook tidak pernah menjual data sesiapa,” kata pengarah pemaju platform dan program Konstantinos Papamiltiadis dalam respons terhadap pertanyaan daripada AFP.

    “APIs kami adalah percuma dan kami tidak mewajibkan pemaju membayar untuk menggunakannya, sama ada secara langsung atau dengan membeli iklan.”

    Wall Street Journal melaporkan e-mel dalaman menunjukkan Facebook sedang memikirkan untuk mengenakan bayaran ke atas syarikat kerana menggunakan data pengguna, yang dirujuk pada satu tindakan guaman yang difailkan ke atas rangkaian sosial itu pada tahun 2015 oleh Six4Three, pencipta aplikasi bernama ‘Pikinis’. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda