NEW YORK, 13 Ogos — Facebook kini melancarkan satu seksyen baru khusus untuk siaran langsung dan rakaman video yang dijangka bakal menjadi ancaman kepada Twitter, YouTube, Netflix dan perkhidmatan-perkhidmatan lain bagi menonton video.
Orang ramai telah menonton banyak video dalam Facebook, tetapi kebanyakannya ialah apabila mereka skrol saluran utama berita mereka.
Sekalipun sudah terdapat satu bahagian khusus untuk video, ia selalunya menampilkan secara rambang gabungan video yang ‘disarankan.’
Seksyen baru Facebook, Watch dibangunkan secara ini, dengan matlamat untuk membolehkan orang ramai mencari video, siri-siri yang mereka suka dan mengikutinya tatkala episod baru ditayangkan serta pada masa yang sama berinteraksi dengan peminat-peminat yang lainnya.
Seksyen tersebut sudah boleh digunakan oleh sebahagian pengguna di Amerika Syarikat (AS) sejak Khamis dan dari semasa ke semasa ia akan dapat diakses oleh ramai pengguna lain. – AP
