SAN FRANCISCO, 30 Jan – Facebook berkata semalam ia telah memutuskan untuk menyampaikan lebih banyak berita tempatan kepada pengguna AS, dalam usaha terbarunya untuk mengendali aliran maklumat mengenai rangkaian sosial yang berpengaruh itu.
Pada awal bulan ini, Facebook mengumumkan ia akan meminta dua bilion penggunanya meletakkan kepercayaan mereka dalam sumber berita sebagai sebahagian daripada usaha untuk memerangi penyebaran maklumat yang salah.
Perubahan dilakukan tatkala syarikat atas talian itu berusaha mengatasi dakwaan mengatakan ia telah gagal, bersama Google dan Twitter, untuk menghalang penyebaran berita palsu, terutamanya sebelum pilihan raya presiden AS pada 2016.
“Berita tempatan membantu membina komuniti, di dalam dan luar talian,” kata pengasas dan ketua eksekutif Facebook Mark Zuckerberg dalam satu pos di rangkaian sosial itu.
“Ia penting untuk memastikan masa yang kami habiskan di Facebook adalah berharga.”
Zuckerberg berkunjung ke seluruh AS pada tahun lalu, melawat bersama pengguna Facebook.
“Satu tema yang orang kerap beritahu saya adalah kami mempunyai persamaan umum jika kami boleh mengatasi beberapa isu negara yang memecahbelahkan,” kata Zuckerberg dalam pos.
“Ramai orang memberitahu bahawa mereka fikir jika kami boleh meredakan suasana mengenai isu yang lebih memecahbelahkan dan sebaliknya menumpukan pada isu tempatan yang konkrit, maka kami semua akan mencatat lebih banyak kemajuan bersama.”
Beliau juga memetik penyelidikan yang mencadangkan bahawa membaca berita tempatan mendorong orang lebih membabitkan diri dalam komuniti mereka.
Facebook sedang menunjukkan kepada anggota AS lebih banyak cerita daripada sumber berita di bandar mereka, dan merancang melakukan yang sama di lebih banyak negara pada akhir tahun ini.
Perubahan terbaru di Facebook termasuk kedudukan ‘sumber dipercayai’ baru bertujuan “memastikan berita yang anda lihat adalah berkualiti” dan untuk memupuk “persamaan” dan bukannya menyemai pepecahan, kata Zuckerberg dalam pos sebelumnya.
Facebook memutuskan untuk bergantung kepada tinjauan anggota untuk meletakkan kepercayaan dalam sumber berita.
Satu pengemaskinian yang baru diperkenalkan yang memaparkan apa yang dikongsi oleh kawan dan keluarga di rangkaian, berbanding pos iklan, selebriti dan media. Syarikat menganggap perubahan sebagai sebahagian daripada tumpuan semula pada “komuniti” – mengutamakan interaksi sosial dan hubungan, meskipun itu bermakna orang ramai tidak akan menghabiskan banyak masa di platform tersebut.
Terkenal dengan matlamat peribadi tahunan daripada membunuh makanannya sendiri kepada mempelajari bahasa China, misi Zuckerberg untuk tahun ini adalah “membaiki” rangkaian sosial.
Beliau merancang menyasarkan penganiayaan dan perasaan benci, serta campur tangan oleh negara-negara. – AFP