Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Fadhil Zonis raih pingat perak

    KUALA LUMPUR, 21 JUN – Pelumba berbasikal trek Malaysia, Muhammad Fadhil Mohd Zonis berjaya merangkul pingat perak dalam acara 1 kilometer (km) ujian masa lelaki di Kejohanan Berbasikal Trek Asia di New Delhi, India, hari ini.

    Perlumbaan  yang berlangsung di Velodrom Kompleks Sukan Indira Gandhi itu menyaksikan Muhammad Fadhil mencatat masa seminit 01.639 saat (s).

    Yuta Obara dari Jepun menjuarai acara itu dengan catatan 1:01.118s manakala pelumba tuan rumah, Ronaldo Singh Laitonjam meraih gangsa selepas mencatatkan 1:01.798s. 

    Sementara itu juara acara 500 meter ujian masa, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri  gagal meneruskan prestasi cemerlangnya selepas tersingkir di peringkat suku akhir acara pecut individu wanita.

    Nurul Izzah tewas 1-2 kepada Park Ji Hae dari Korea Selatan manakala seorang lagi wakil Malaysia, Anis Amira Rosidi juga tumbang dengan keputusan sama, kepada rakan senegara Ji Hae, Cho Sunyoung. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...