Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fadlan selamat disatukan dengan wanita Kazakhstan

    Pelakon Fadlan Hazim selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya iaitu Aiya Mukhamedsalova, 29, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10:27 pagi kelmarin.

    Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

    Fadlan atau Fadlan Hazim Anuwar, 31, dinikah oleh Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Muhammad Fairudz Saderi.

    Meluahkan rasa syukur, Fadlan lega akhirnya urusan pernikahan dengan wanita warga Kazakhstan itu dipermudahkan.

    “Syukur semua berjalan lancar. Selama tujuh bulan uruskan majlis. Akhirnya selamat bergelar suami.

    “Banyak yang perlu dilakukan untuk bernikah terutama dari segi dokumen,” katanya kepada mStar.

    Pada majlis berkenaan, Fadlan menyerahkan mas kahwin sebentuk cincin emas.

    Fadlan turut menyerah lima dulang hantaran kepada pengantin perempuan. Resepsi pasangan itu akan diadakan pada Oktober di Kuala Lumpur.

    Keluarga Aiya bagaimanapun tidak hadir pada majlis berkenaan. – Agensi

    Fadlan kini bergelar suami Aiya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda