Sunday, May 4, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fadlan tak beraya akibat demam denggi

    Kali pertama menyambut Aidilfitri seorang diri, pelakon, Fadlan Hazim, 28, mengelak bertemu keluarganya berikutan mengalami demam selama lebih dua minggu.

    Bersyukur ia bukan simptom disebabkan jangkitan COVID-19, Fadlan berkata, pada awalnya, dia risau dijangkiti virus berkenaan. “Saya mengalami demam sejak dua minggu sebelum Aidilfitri. Ia tidaklah berterusan, tetapi tidak kebah selama dua minggu. Saya sememangnya panik apabila demam pada waktu pandemik COVID-19.

    “Bagaimanapun, kalau ikutkan, saya keluar rumah menggunakan pelitup muka dan mengelak memegang, cuma ada satu masa mengisi minyak, saya perlu memegang pam minyak.

    “Saya mula berfikiran saya dijangkiti daripada situ. Saya makan panadol, tetapi demam tidak kebah dan terus ke klinik. Doktor berikan antibiotik, tetapi apabila ubat habis dimakan, demam tidak kebah juga,” katanya kepada media. Kemudian, pelakon filem Sangkar itu membuat keputusan untuk ke hospital menjalani ujian darah.

    “Selepas membuat ujian darah, saya disahkan demam denggi. Lega juga diberitahu, tetapi demam denggi pun bahaya juga. Walaupun bebas jangkitan COVID-19, Fadlan tetap bimbang kerana kebarangkalian untuk dijangkiti virus berkenaan tinggi disebabkan sistem imunisasi yang lemah.

    Bagaimanapun, Fadlan berkata, dia kini bertambah sihat dan sudah kembali memulakan penggambaran. – Agensi

    Fadlan Hazim panik apabila mengalami demam berterusan dua minggu sebelum menyambut Aidilfitri. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda