Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fagioli digantung tujuh bulan

    MILAN, 18 OKT – Pemain tengah Juventus, Nicolo Fagioli telah digantung daripada permainan selama tujuh bulan oleh Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) kelmarin atas pelanggaran pertaruhan.

    Fagioli telah bersetuju dengan rundingan pengakuan bersama FIGC yang termasuk terapi untuk ketagihan perjudian.

    Dalam kes yang meluas dengan pihak pendakwa di Turin turut menjalankan siasatan jenayah, pemain Liga Perdana Sandro Tonali dan Nicolo Zaniolo telah disoal siasat oleh polis di kem latihan Itali minggu lalu dan lebih ramai pemain Serie A mungkin terlibat.

    Fagioli, 22, telah pun berjumpa ahli terapi untuk masalahnya dan memaklumkan pendakwa raya FIGC mengenai kes itu dan telah bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengurangkan hukumannya.

    Ini membolehkan larangan minimum tiga tahun untuk pemain yang bertaruh pada perlawanan bola sepak dikurangkan dengan banyak. Fagioli dilaporkan tidak pernah bertaruh pada perlawanan yang melibatkan Juventus.

    FIGC berkata dalam satu kenyataan bahawa Fagioli telah digantung selama 12 bulan tetapi lima bulan daripadanya boleh ditukar dengan ‘keperluan alternatif’. Untuk itu, dia mesti menghadiri rawatan untuk ketagihan perjudian selama sekurang-kurangnya enam bulan dan dia mesti membuat sekurang-kurangnya 10 penampilan awam dalam tempoh lima bulan akan datang di pusat latihan pemain bola sepak muda dan persatuan pemulihan penagih. Dia juga didenda AS$13,200. – AP

    Aksi Fagioli semasa perlawanan bola sepak ‘trofi Berlusconi’ antara Monza dan Juventus di Monza, Itali, 31 Julai 2021. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda