Tuesday, July 2, 2024
21.6 C
Brunei

    -

    Fahami maksud ekses insurans kereta

    Ekses insurans kereta atau lebih dikenali sebagai car excess insurance, adalah salah satu bentuk perlindungan tambahan yang semakin popular dalam kalangan pemilik kenderaan di Malaysia.

    Insurans ini bertujuan untuk melindungi pemegang polisi daripada kos tambahan yang perlu dibayar semasa membuat tuntutan insurans kereta.

    Bagi awda yang tidak biasa memperbaharui insurans kereta, pastinya kurang tahu berkenaan maksud ekses insurans kereta ini. Jangan risau kerana dalam artikel oleh laman blog BJAK ini, kita akan meneroka apa itu ekses insurans kereta, bagaimana ia berfungsi, dan mengapa ia penting. Teruskan membaca untuk mengetahuinya.

    APA ITU EKSES INSURANS KERETA?

    Ekses insurans kereta adalah perlindungan yang menanggung kos lebihan yang biasanya perlu dibayar oleh pemilik kenderaan apabila membuat tuntutan insurans kereta.

    Lebihan ini adalah jumlah wang yang ditetapkan dalam polisi insurans kereta awda yang perlu awda bayar sendiri sebelum syarikat insurans menanggung baki kos tuntutan.

    Gambar Envato Elements

    Contohnya, jika lebihan awda adalah RM500 dan kos pembaikan kereta awda adalah RM3,000, maka awda perlu membayar RM500, manakala syarikat insurans akan membayar baki RM2,500.

    BAGAIMANA EKSES INSURANS KERETA INI BERFUNGSI?

    Ekses insurans kereta berfungsi dengan membayar balik kos lebihan yang awda bayar kepada syarikat insurans utama awda. Katakan awda terlibat dalam kemalangan dan perlu membayar lebihan sebanyak RM1,000. Jika awda mempunyai ekses insurans kereta, awda boleh membuat tuntutan untuk mendapatkan semula RM1,000 tersebut daripada polisi lebihan awda. Ini bermakna awda tidak perlu menanggung kos tambahan ini dari poket sendiri, yang boleh meringankan beban kewangan awda.

    KENAPA EKSES INSURANS KERETA PENTING?

    Terdapat beberapa sebab mengapa ekses insurans kereta adalah penting.

    Yang pertama, sebagai perlindungan kewangan tambahan. Insurans ini membantu mengurangkan beban kewangan awda dengan menanggung kos ekses yang mungkin besar, terutama jika awda terlibat dalam kemalangan yang serius.

    Seterusnya, sebagai ketenangan minda. Mengetahui bahawa awda dilindungi dari segi kewangan dapat membuatkan fikiran awda tenang, terutama apabila awda tahu bahawa kos ekses boleh ditanggung oleh ekses insurans. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hujan menyebabkan kematian, kemusnahan di beberapa negeri di India

    NEW DELHI, 1 JULAI – Selepas gelombang haba yang membawa maut, India kini bergelut dengan hujan monsun yang lebat, yang telah menyebabkan banjir kilat,...