Sunday, May 18, 2025
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fahami sebenar-benarnya mengapa kita berdoa!

    (Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

    SIRI 1

    BERDOA bukanlah perkara asing dalam kehidupan kita orang Islam. Setiap hari kita tidak lekang dari berdoa. Bahkan masyarakat kita sangat sebati dengan amalan berdoa.

    Dalam apa jua acara, seperti majlis perkahwinan, majlis berpindah rumah dan sebagainya, doa menjadi inti daripada acara tersebut. Akan tetapi sejauh manakah kefahaman kita mengenai doa itu? Sejauh manakah penghayatan kita ketika berdoa?

    Kita dapati ada segelintir masyarakat kita yang bersikap cuai atau bosan atau tidak bersungguh-sungguh untuk berdoa.

    Ada di antara mereka merungut apabila pembaca doa membaca doa-doa yang panjang, berkata-kata sedang kedua tangannya menadah ke langit, sambil lewa, tidak mengaminkan doa dan malah ada juga yang langsung tidak mahu berdoa.

    Doa hanya setakat di bibir atau hanya tangan ditadahkan menyambut doa tetapi fikiran entah ke mana.

    Oleh itu eloklah dijelaskan di sini, apakah sebenarnya hakikat doa itu dan kepentingannya bagi seorang hamba serta beberapa perkara berkaitan dengannya.

    Doa itu ibadat dan senjata orang Mukmin

    Doa adalah permintaan atau permohonan seorang hamba kepada Allah Subahanahu wa Ta‘ala dan sebagai jalan untuk menyatakan hajatnya. Hajat seseorang itu terlalu banyak, tidak terkira, lebih-lebih lagi di saat-saat ia susah, menderita ditimpa bencana. Doa itu adalah ibadat kerana ia merupakan penyataan seorang hamba kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala akan kelemahan dirinya.

    Ia juga merupakan pengakuan seorang hamba bahawa Allah Subhanahu wa Ta‘ala Maha Berkuasa sama ada untuk memakbulkan doanya atau sebaliknya. Daripada an-Nu‘man bin Basyir beliau berkata yang maksudnya:

    “Aku mendengar Nabi Sallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda: “Doa itu ibadat.” Kemudian Baginda membaca (ayat al-Qur’an, surah Ghafir: 60 yang tafsirnya): “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

    Doa juga merupakan senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit dan bumi, sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya:

    “Doa itu senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit dan bumi.” (Hadis riwayat al-Hakim)

    Doa mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala, kerana doa itu penyataan seorang hamba akan kefakiran, kelemahan serta kehinaannya dan pengakuannya terhadap kekuatan, kebesaran dan kekuasaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya:

    “Tidak ada sesuatu (zikir dan ibadat) yang lebih mulia di sisi Allah Ta‘ala daripada doa.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

    Allah murka kepada sesiapa yang tidak berdoa

    Allah Subhanahu wa Ta‘ala murka kepada sesiapa yang tidak berdoa atau tidak memohon sesuatu kepadaNya. Ini kerana orang yang meninggalkan doa itu dikatakan sebagai sombong, takbur dan tidak memerlukannya. Menurut ath-Thibiy Rahimahullah, bahawa kemurkaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala itu adalah kerana Allah menyukai orang yang memohon kurniaanNya, maka sesiapa yang tidak memohon kepada Allah nescaya Dia membencinya, dan orang yang dibenci itu sudah tentu dimurkai. Bersabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya:

    “Sesiapa yang tidak memohon (meminta) kepada Allah, Dia (Allah) murka kepadanya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

    Berkata Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu yang maksudnya:

    “Bahawa sebakhil-bakhil manusia adalah siapa yang bakhil memberi salam, dan selemah-lemah manusia adalah siapa yang lemah (malas) untuk berdoa.” (Hadis riwayat Abu Ya‘la)

    Janji Allah memakbulkan doa

    Allah Subhanahu wa Ta‘ala memerintahkan dan mendorong hambaNya untuk berdoa dan memohon kepadaNya. Dia telah berjanji untuk memakbulkan permohonan mereka, bahkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala malu jika menolak permintaan hambaNya dengan tangan kosong. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya:

    “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu.” (Surah al-Baqarah: 186)

    Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya, “Sesungguhnya Tuhan kamu Tabaraka wa Ta‘ala Pemalu lagi Pemurah, Dia malu kepada hambaNya apabila (berdoa) mengangkat kedua tangannya memohon kepadaNya, dan mengembalikan kedua tangannya dengan tidak memberikannya apa-apa (daripada rahmatNya).” (Hadis riwayat Abu Daud)

    Bersabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya, “Tiada seorang yang memohon kepada Allah dengan satu doa melainkan dimakbulkan untuknya, sama ada disegerakan permohonannya itu di dunia, dan sama ada disimpan permohonannya itu di akhirat, dan sama ada diampunkan dia dari dosa-dosanya dengan kadar yang dipohonkan, selagi dia tidak memohon perkara dosa atau memutus silaturrahim atau tergesa-gesa (untuk dimakbulkan doanya).”

    Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Bagaimana tergesa-gesa itu? Baginda bersabda: “Dia berkata: Aku berdoa kepada Tuhanku namun Dia tidak memakbulkan untukku.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

    Berdasarkan hadits yang disebutkan di atas, jelas bahawa Allah Subhanahu wa Ta‘ala pasti akan memakbulkan permohonan orang yang berdoa.

    Di dalam kitab Tuhfah al-Ahwadzi Syarah Jami‘ at-Tirmidzi ada disebutkan bahawa pemakbulan doa itu mempunyai waktu yang tertentu, sebagaimana diceritakan bahawa jarak antara doa dengan pemakbulan doa Nabi Musa dan Nabi Harun ‘Alaihimassalam ke atas Fir‘aun, adalah selama empat puluh tahun.

    Terkabulnya doa itu pula ada beberapa bentuk di antaranya:

    1) Memperolehi apa yang dipohon pada waktunya.

    2) Memperolehi apa yang dipohon pada waktu lain kerana terdapat hikmah di sebalik kelewatan atau kelambatannya.

    3) Menolak keburukan sebagai ganti permohonannya ataupun diberi kebaikan lain yang mana lebih baik dari yang dipohonnya.

    4) Permohonannya disimpan sehingga hari yang lebih diperlukan pahalanya.

    5) Pengampunan dosa-dosa sekadar apa yang dipohonkan.

    Berdoa dengan niat yang tulus ikhlas dan jangan berputus asa

    Kita dilarang berputus asa daripada memohon dan mendapatkan rahmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala serta pertolonganNya. Ini kerana sikap melahirkan kekecewaan dan putus asa daripada memohon kepadaNya itu adalah sikap yang tercela dan termasuk dalam dosa-dosa besar.

    Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya:

    “Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf: 87)

    Apa yang dituntut ke atas orang yang berdoa itu ialah jangan bosan dalam berdoa. Berdoalah dengan niat yang tulus ikhlas, bersungguh-sungguh dengan menghadirkan jiwa dan yakin bahawa doanya akan dimakbulkan. Ini kerana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya:

    “Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dimakbulkan dan kamu ketahuilah bahawa Allah tidak akan memakbulkan doa dari hati yang lalai serta bermain-main (dengan apa yang dipohon atau sibuk dengan urusan selain Allah Ta‘ala).” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

    Berdoa pada ketika kebiasaannya dimakbulkan doa

    Doa yang mudah dan cepat dikabulkan itu mempunyai waktu atau saat-saat atau keadaan-keadaan yang tertentu. Di antara waktu dan keadaan tersebut adalah seperti berikut:

    1) Lailatulqadar.

    2) Satu pertiga akhir waktu malam.

    3) Selepas menunaikan sembahyang fardhu.

    4) Ketika azan dan iqamah.

    5) Ketika turun hujan.

    6)Ketika berhadapan dengan musuh dalam peperangan.

    7) Hari dan malam Jumat.

    8) Ketika minum air zam zam.

    9) Ketika sujud.

    10)Hari Arafah dan setelah melaksanakan manasik haji yang lain seperti selepas melontar jamrah, berdoa dalam Kaabah, berdoa di bukit Shafa dan Marwah.

    11) Pada bulan Ramadhan.

    12) Doa orang yang dizalimi.

    13) Ketika dalam pelayaran.

    14) Doa orang yang berbuka puasa.

    15) Doa orang yang sakit.

    16) Doa imam yang adil.

    17) Doa selepas wudhu.

    Adab-adab dan etika berdoa perlulah dijaga dan dipelihara oleh setiap orang yang berdoa. Di antara adab-adab tersebut adalah seperti berikut:

    1) Ikhlas kerana Allah Ta‘ala.

    2) Memulakan serta mengakhiri doa dengan menyebut dan memuji-muji nama Allah serta memberi selawat dan salam kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam.

    3) Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan merasa penuh yakin akan diperkenankan.

    4) Berdoa disertai dengan kerendahan hati, khusyuk, merendahkan suara di antara berbisik dan nyaring dan diiringi dengan perasaan takut azab Allah dan penuh harapan dengan limpah kurniaNya.

    5) Menghadap kiblat dan menadah dua tangan.

    6) Berwudhu.

    7) Berdoa dengan jalan bertawassul dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah Ta‘ala.

    8) Bertawassul dengan amal salih yang dikerjakan oleh orang yang berdoa.

    9) Menjauhi segala maksiat.

    Demikian juga, berterusanlah berdoa dan mengulang-ulang doa sebanyak tiga kali. Ini kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam suka mengulang-ulang doa itu sebanyak tiga kali. Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud Radhiallahu ‘anhu berkata yang maksudnya:

    “Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam menyenangi supaya seseorang itu berdoa tiga-tiga kali dan beristighfâr tiga-tiga kali.” (Hadis riwayat Abu Daud)

    Bersambung minggu depan

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/scatter-hitam/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-zeus/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-garansi-kekalahan/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-5k/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-10k/