Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Faiq berjaya tamat program TF-LKYSPP

    Oleh Ak Zaki Kasharan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OKT – Seorang belia negara, Awang Faiq Airudin telah berjaya menamatkan Temasek Foundation – Lee Kuan Yew School of Public Policy (TF-LKYSPP) Southeast Asia Next-Gen Leaders Programme.

    Beliau merupakan Pegawai Eksekutif di Darussalam Enterprise (DARe) dan satu-satunya peserta dari Negara Brunei Darussalam yang menyertai program tersebut di samping peserta lain dari rantau Asia Tenggara, di mana seramai 35 peserta mengikuti program itu dari rantau ASEAN dan Timor Leste yang berumur antara 25 hingga 35 tahun.

    “Alhamdulliah, ia adalah satu penghormatan untuk dipilih sebagai satu-satunya peserta Brunei yang menyertai program sulung TF-LKYSPP. Saya berharap dapat berkongsi ilmu dengan negara saya, organisasi saya DARe dan pertubuhan belia yang saya sertai seperti Just Brunei,” jelas Awang Faiq.

    Program tersebut merupakan anjuran LKYSPP, dengan kerjasama Yayasan Temasek yang membawa tema ‘Memikir Semula dan Membentuk Masa Depan Inovasi dan Keusahawanan’.

    Ia juga adalah platform bagi membina keupayaan, pertukaran pengetahuan dan rangkaian untuk pemimpin dan pembuat perubahan generasi akan datang, di mana para peserta dapat melibatkan diri dengan pemimpin pemikiran terbilang daripada sektor awam, swasta dan rakyat di rantau Asia Tenggara.

    Awang Faiq turut berpeluang berdialog dengan Menteri Tenaga Manusia dan Menteri Kedua Perdagangan dan Industri Singapura, Tuan Yang Terutama Dr Tan See Leng.

    Sementara di Jakarta, diadakan dialog belia bersama Tuan Yang Terutama Sandiaga Salahuddin Uno yang merupakan Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Republik Indonesia.

    Program lima bulan itu berlangsung dari Jun hingga Oktober dan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu program dalam talian, ‘Bengkel Pemikiran Niaga Hadapan Dalam Talian’;‘Perjalanan Pembelajaran Serantau’ di Jakarta, Indonesia.

    Awang Faiq semasa menghadiri Program TF-LKYSPP Asia Tenggara di Singapura. – GAMBAR OLEH AK ZAKI KASHARAN
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...