SYDNEY, 16 Ogos – Syarikat penerbitan Australia Fairfax Media hari ini menyiar satu pengembalian kepada keuntungan ekoran kempen memotong kos, walaupun pendapatan periklanan untuk akhbar utamanya bertambah lemah.
Fairfax, yang memiliki akhbar The Sydney Morning Herald,The Age dan The Australian Financial Review, melaporkan keuntungan bersih tahunan sebanyak Aus$$83.9 juta pada tahun sehingga 30 Jun.
Kadar pusing ganti menyusuli kerugian berjumlah Aus$772.6 juta yang dilaporkan berbanding tempoh 12 bulan sebelumnya.
Walaupun pendapatan perikanan untuk akhbar Australia Fairfax merosot 17 peratus, syarikat perikanan hartanya yang menguntungkan, Kumpulan Domain, mencatat kenaikan sebanyak 19 peratus dalam pendapatan digital tahunan.
“Keputusan hari ini menunjukkan Fairfax berada dalam keadaan yang baik,” kata ketua eksekutif Greg Hywood.
“Strategi yang kami lancarkan lima tahun lalu telah berjaya memaksimumkan aliran tunai adalam aset penerbitan kami dan dengan itu menjana pertumbuhan perniagaan dalam Domain dan Stan (perkhidmatan video berdasarkan permintaan).”
Saham dalam Fairfax meningkat 1.19 peratus kepada Aus$1.02 dalam perniagaan tengah hari di Sydney hari ini. – AFP