Wednesday, June 26, 2024
33.9 C
Brunei

    -

    Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang – Nidzam

    KUALA LUMPUR, 16 JUN – Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya, Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat kali pertama di situ sejak insiden disimbah asid awal bulan lepas.

    Pengendali Selangor, Nidzam Jamil berkata kehadiran pemain berusia 26 tahun itu yang lebih dikenali sebagai Faisal Halim tidak dijangka dan mengejutkan pemain dan barisan kejurulatihan.

    Nidzam menyifatkan kehadiran pemain kebangsaan yang lebih mesra disapa Mickey itu mencetuskan inspirasi pasukan yang berjaya mara ke peringkat suku akhir Piala FA 2024/2025 selepas menjinakkan Negeri Sembilan 4-0 pada aksi pusingan pertama di Stadium MBPJ, semalam.

    “Sudah tentu kehadiran Faisal tonik semangat sebab rasanya sudah sebulan Faisal tak bersama kami, ia seperti pecahan yang hilang. Jadi kami gembira Faisal ada untuk tengok perlawanan, beliau juga datang ke bilik persalinan sebelum perlawanan. Kami semua harap dia dapat kembali segera.

    “Suasana (dalam bilik persalinan) agak beremosi pada awalnya tetapi kami bergurau macam biasa, kami sangat rindu untuk berbual dengan beliau dan saya gembira untuk tengok perkembangan beliau,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan itu. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kelahiran Korea Selatan kembali pulih pada bulan April

    SEOUL, 26 JUN - Kelahiran di Korea Selatan kembali pulih dalam tempoh 19 bulan di tengah-tengah kebimbangan yang berlarutan mengenai penurunan berterusan dalam jumlah...