Sunday, April 27, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Faizal Hussein rela tolak berlakon filem

    Pelakon Faizal Hussein tidak menafikan peredaran zaman membuatkan filem tempatan tidak lagi menjadi pilihan penonton kerana munculnya perkhidmatan media Over The Top (OTT) yang lebih menjadi pilihan.

    Faizal, 56, berkata, menerusi OTT penonton mempunyai lebih banyak pilihan termasuk drama dan filem dari seluruh dunia tanpa perlu ke pawagam.

    “Dulu hampir setiap tahun banyak filem yang hebat tetapi sekarang tidak semua filem berjaya pecah panggung apatah lagi pilihan secara penstriman lebih pelbagai hanya dihujung jari.

    “Sebagai pelakon saya akur dan ikut peredaran zaman dan tidak lagi boleh bergantung harap kepada kaedah konvensional seperti dahulu,” katanya kepada mStar.

    Dalam pada itu, aktor berkenaan turut mendedahkan bajet dikeluarkan OTT adalah jauh lebih besar malah mengalahkan bajet untuk menerbitkan sebuah filem.

    “Bajet OTT untuk lapan atau 12 episod pun boleh mengalahkan bajet orang buat filem.

    “Disebabkan itu kita tidak nampak perbezaan, macam drama siri yang saya lakonkan One Cent Thief tempoh hari. Mereka tidak kisah untuk membelanjakan bajet yang betul-betul besar,” ujarnya.

    Malah kata Faizal, dia sendiri pernah menolak tawaran berlakon sebuah filem kerana bayaran diberikan menerusi projek OTT lebih tinggi. – Agensi

    Faizal terima bayaran mahal daripada OTT. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda