Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Faizal Ismail nafi berpoligami

    Penyampai radio Faizal Ismail menepis dakwaan dia berkahwin dua seperti yang heboh diperkatakan sebelum ini.

    Terkejut dengan dakwaan berkenaan, Faizal atau Mohd Faizal Ismail, 48, juga tidak menolak penyebaran fitnah itu dilakukan oleh pihak tertentu.

    “Tidak benar dan saya hanya ada seorang isteri sahaja. Isu poligami yang disebut tidak pernah berlaku.

    “Saya pun terkejut video tersebut timbul. Ia pun bukan dimuat naik oleh orang tempatan. Mungkin disuruh oleh pihak tertentu.

    “Tidak mustahil ia susulan konflik yang pernah berlaku. Mungkin dia nak buat cerita yang boleh menjatuhkan nama saya,” katanya kepada mStar.

    Faizal terkejut timbul dakwaan dia berkahwin dua. – mStar

    Faizal ditemui ketika sidang media Konsert Kesedaran Lagendary Battle of Love 2.0 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa.

    Dia bagaimanapun tidak mahu mendedahkan individu di sebalik penyebaran fitnah selain konflik yang pernah berlaku.

    Bagi Faizal dia enggan memanjangkan isu berkenaan dan lebih selesa mengambil pendekatan berdiam diri.

    “Selepas cerita ini timbul saya terus putuskan hubungan dengan orang itu. Bukan berdendam, tetapi saya enggan panjangkan konflik.

    “Saya ambil langkah tidak panjangkan isu ini. Biarlah saya berlapang dada dan maafkan dia. Mungkin dia akan dapat balasan atas perbuatan ini,” ujarnya.

    Sebelum ini tular sebuah video menyebut Faizal sudah berkahwin dengan seorang wanita di Tanah Suci Mekah. – Agensi

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...