Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Faizal lelong barangan peribadi bantu rakyat Palestin

    Penyanyi dan komposer, Faizal Tahir melalui gerakan kemanusiaannya, iamFaithmen dan syarikat rakaman, Faithful Music akan menganjurkan acara amal, Faith4Palestine pada Ahad ini.

    Faizal berkata, acara amal yang akan berlangsung di Hotel Royale Chulan Damansara itu bertujuan mengumpul dana bagi bantuan kemanusiaan Palestin dan sebagai tanda menzahirkan solidariti rakyat Malaysia kepada Palestin.

    “Ini bukan acara hiburan semata-mata. Kami adakan sesi perbincangan terbuka (podcast) bersama Cinta Gaza Malaysia dan bidaan barangan peribadi saya.

    “Faith4Palestine adalah satu usaha membantu keluarga yang sekarang sangat memerlukan bantuan dan perhatian. Semoga yang hadir dapat sesuatu berfaedah selepas pulang ke rumah.

    “Muzik adalah satu elemen penting dalam menyampaikan mesej. Saya sentiasa pastikan setiap lagu yang dibawa membawa maksud positif dan dapat memberi sesuatu kepada komuniti,” katanya.

    Acara amal akan menampilkan persembahan akustik Faizal dan artis jemputan, sesi rakaman podcast dan lelongan amal barangan peribadi. – mStar

    Acara amal ini akan menampilkan persembahan akustik oleh Faizal dan artis jemputan, sesi rakaman podcast dan lelongan amal barangan peribadi.

    Faith4Palestine dijadualkan berlangsung antara jam 2 hingga 4 petang. Tiket dijual pada harga RM99 dengan keuntungan daripada kutipan akan disalurkan kepada tabung bantuan Palestin melalui rakan pertubuhan bukan kerajaan, Cinta Gaza Malaysia.

    Faizal berkata, objektif utama Faith4Palestine untuk mendidik masyarakat mengenai sejarah panjang bumi Palestin dan beri bimbingan mengenai bagaimana boleh membantu dalam tindakan secara kolektif.

    “Acara ini juga bertujuan menerangkan cabaran berterusan dihadapi oleh rakyat Palestin dan memberi pencerahan langkah positif dalam membantu mereka.

    “Kami menggalakkan masyarakat awam, perniagaan, persatuan dan badan kerajaan mengambil bahagian bersama Faith4Palestine.” – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda