Saturday, March 22, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Faizal Tahir, Alif Satar mahu anjur qiamullail peduli tentang Gaza

    Mengambil inisiatif untuk kembali memberi kesedaran mengenai peperangan di Gaza, penyanyi Alif Satar terpanggil untuk menganjurkan satu majlis agama yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini.

    Menurut Alif atau Alif Mohd Satar, 35, program diberi nama Qiamulaill Seperti Jumaat itu juga merupakan idea rakan penyanyi Faizal Tahir yang menghubunginya baru-baru ini.

    “Faizal hubungi saya selepas berlaku semula serangan di Gaza. Jadi kami rancang untuk adakan program sebegitu untuk ‘kejutkan’ semula kepada orang ramai tentang kesedaran terhadap nasib penduduk di sana, menurut laporan mStar.

    “Mungkin ramai yang sudah selesa dan lupa bahawa ada ditindas. Sebab itu kita cuba buat program sebegini,” katanya.

    Alif ditemui ketika pelancaran kempen raya Hong Leong Bank di mana dia bertindak sebagai duta syarikat kewangan berkenaan.

    Program qiamullail itu bakal berlangsung di sebuah masjid di Selangor dengan sesi berbuka puasa selain perkongsian ilmu oleh Faizal sendiri.

    Menurut Alif, ia juga merupakan sebahagian kempen Geng Subuh Macam Jumaat seperti yang telah dianjurkan sejak tahun lalu.

    Bercakap tentang gerakan kempen tersebut, Alif meluahkan rasa syukur apabila kini ia semakin mendapat sambutan baik meskipun tanpa kehadirannya di mana-mana masjid.

    Bukan hanya dalam Malaysia, malah dia juga berbangga apabila ada dalam kalangan rakan-rakan mula melakukan perkara sama di luar negara.

    “Ada seorang sahabat saya yang sudah memulakan gerakan Geng Subuh Macam Jumaat ini di Australia dan New Zealand.

    “Saya juga berbangga apabila semakin ramai anak muda sertai. Geng Subuh Macam Jumaat bukanlah jenama saya. Sesiapa sahaja boleh guna dan buat perkara sama,” ujarnya. – Agensi

    Faizal (kiri) dan Alif rancang program qiamullail dalam masa singkat. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda