Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Faizal Tahir bantu pemuda lafaz syahadah

    Usaha penyanyi, Faizal Tahir membawa seorang jejaka memeluk agama Islam mendapat pujian ramai.

    Detik bermakna itu dikongsi sendiri oleh Faizal, 44, di mana dia dilihat mengajar pemuda berkenaan melafazkan kalimah Syahadah sebagai syarat menjadi seorang Muslim.

    Menerusi ruangan komen dalam video yang dimuat naik, rata-rata meluahkan rasa syukur dan berbangga dengan salah satu kerja amal dilakukan oleh Faizal.

    “Alhamdulillah, seronok tengok usaha sahabat.

    “Tahniah Faizal. Bangga dengan kamu. Semoga Allah merahmati kamu dan keluarga.

    “Tak boleh bayangkan bagaimana perasaan Faizal, semoga menjadi asbab masuk syurga,” komen warganet.

    Dalam video tersebut juga, pemuda berkenaan mengakui dia memeluk Islam secara rela tanpa sebarang paksaan mana-mana pihak. Sementara itu, Faizal pula kelihatan tersenyum melihat lelaki itu memilih jalan baharu dalam hidupnya untuk mengamalkan ajaran Islam.

    Pada ruangan kapsyen, Faizal turut menulis sepotong ayat suci al-Quran dari surah An-Nasr yang menceritakan tentang pertolongan Allah.

    “Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai.

    “Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.” – (surah An-Nasr). – Agensi

    Faizal tenang membantu seorang pemuda mengucap kalimah Syahadah. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...