Thursday, January 30, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Faizal yakin Naz, Sissy mampu galas tugas hos AJL39

    Penyampai radio dan pengacara Faizal Ismail percaya gabungan Nazrudin Rahman dan Sissy Iman mempunyai keistimewaan tersendiri dalam mengacarakan Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39).

    Faizal atau Mohd Faizal Ismail, 48, berpendapat pasangan berkenaan saling melengkapi dalam mengendalikan acara berprestij itu nanti.

    Kata Faizal, pengalaman yang dimiliki Nazrudin atau lebih mesra dengan sapaan Naz pastinya menjadi faktor utama pihak produksi memilih dia sebagai pengacara AJL39.

    “Menjadi pengacara ini satu tanggungjawab besar, terutama untuk acara berprestij seperti Anugerah Juara Lagu.

    “Satu perkara yang kena tahu, bila dilantik akan ada orang tidak suka. Untuk Naz, dia lebih lama sebenarnya berbanding saya.

    Faizal kongsi pendapat sebagai individu pernah mengacara AJL. – mStar

    “Jadi mempertikaikan kredibiliti dia adalah sesuatu yang tidak patut kerana dia seorang yang layak. Sissy iman pula dia orang yang santai dan lepas, situlah kita lihat pihak produksi cuba seimbangkan,” katanya kepada mStar.

    Faizal yang mempunyai pengalaman mengendalikan AJL sebanyak enam tahun berturut-turut memberitahu latihan memainkan peranan penting dalam mencipta keserasian bersama.

    Menurutnya, berlatih bukan hanya menghafal namun turut mengenali dan mengetahui sejarah mereka yang terlibat dalam acara itu nanti.

    “Bukan malam itu yang penting, tapi persiapan ke arah itu yang penting. Sekurang-kurangnya perlu sebulan untuk berlatih.

    “Saya sebelum ini, pernah digandingkan bersama Ally Iskandar dan Cheryl Samad bertemu di belakang secara senyap-senyap untuk berlatih.

    “Tanpa disuruh kami berlatih di pusat beli-belah untuk cipta keserasian bersama.” – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda