Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fakta menarik Shang-Chi & The Legend Of The Ten Rings

    Buat mereka yang sudah menonton filem adiwira Asia pertama Marvel, Shang-Chi & The Legend Of The Ten Rings pasti berasa teruja apabila terdapat babak dialog yang bercakap dalam bahasa Melayu.

    Selain dialog tersebut, sebenarnya ada beberapa fakta menarik mengenai filem yang berkaitan dengan Malaysia dan Indonesia.

    Bercakap mengenai dialog dalam Bahasa Melayu, ketika itu Shang-Chi yang dilakonkan oleh Simu Liu bersama rakannya, Katy (Awkwafina) baru sahaja keluar dari lif bersama seorang petugas di sebuah gudang gelanggang tertutup. Ketika melalui kawasan tersebut, Katy memuji busana seorang pelanggan di situ sebelum dibalas kembali dengan ucapan “Terima Kasih”.

    Tidak pasti ia ditujukan khas buat rakyat Malaysia mahupun Indonesia, namun ternyata kedua-dua negara ini menggunakan bahasa yang sama, dan kita juga adalah serumpun. – Agensi

    Antara babak dalam filem Marvel, Shang-Chi & The Legend Of The Ten Rings. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda