Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fakta menarik tentang kaviar

    Anda pastinya sudah pernah melihat makanan kaviar daripada rancangan masakan televisyen terutama rancangan di negara barat dengan pelbagai cara memasaknya, namun adakah anda tahu bahawa kaviar merupakan makanan termahal di dunia?

    Kaviar merupakan telur ikan daripada ikan betina spesies sturgeon yang tinggal di laut dan sukar untuk didapati kerana ia merupakan spesies terancam disebabkan faktor cuaca dan suhu setempat.

    Oleh sebab itu, kaviar dianggap sebagai salah satu makanan yang paling susah untuk ditemui sehingga makanan tersebut menjadi salah satu makanan yang paling mahal di dunia dan menjadi pilihan kepada cef terkenal dan orang-orang kaya di dunia.

    Terdapat fakta menarik mengenai kaviar sebelum anda ingin merasainya sendiri.

    Makanan tertua

    Pertama, kaviar merupakan salah satu makanan tertua di dunia yang melalui arus ketamadunan manusia sejak dahulu lagi.

    Perburuan terhadap ikan sturgeon tidak pernah lupus, malah ia menjadi salah satu daripada cabang pekerjaan yang tertua di dunia.

    Rusia memperkenalkan kemewahan kaviar

    Kedua, negara Rusia telah memperkenalkan kemewahan kaviar dan dinobatkan sebagai negara yang menunjukkan kehebatan dalam memasak kaviar.

    Hal ini bermula pada tahun 1205 sehingga 1255 apabila masakan kaviar menarik minat para bangsawan.

    Tambahan lagi, pemimpin Monggol pada ketika itu telah memerintahkan orang bawahannya untuk merasa menu kaviar dan ia membuatkan generasi Genghis Khan sangat menghargai telur ikan tersebut.

    Dimakan secara mentah

    Selain itu, kaviar juga tidak perlu dimasak dan boleh dimakan secara mentah.

    Jika anda mempunyai rasa kompleks, menu mewah ini bukanlah sesuai untuk anda kerana kaviar tidak dimasak dan hanya dihidangkan dengan mentah-mentah namun masih dalam rasa kesegaran. Ada yang mengatakan bahawa ia terasa hamis dan hanyir.

    Kaviar juga sangat sensitif dengan suhu persekitarannya. Anda tidak boleh menyimpannya dalam suhu yang terlalu panas dan terlalu sejuk kerana ia akan merosakkan struktur kaviar itu.

    Kaya dengan nutrien

    Lebih menarik lagi, kaviar kaya dengan pelbagai nutrien. Walaupun ia mahal, kaviar memberikan nutrien yang boleh memenuhi keperluan golongan dewasa seperi vitamin B12.

    Kandungannya seperti kalori, lemak, karbohidrat, protein, serat dan natrium juga banyak. Ia sangat sesuai untuk perkembangan minda, daya tahan tubuh dan antioksidan yang baik dalam melawan pertumbuhan tumor dan kanser.

    Sensitif dengan jenis logam

    Kaviar sangat berkualiti dan sensitif. Oleh itu, untuk menjaga kualitinya, jangan menggunakan sudu besi atau logam-logam lain kerana ia akan merosakkan rasa, kualiti dan tekstur telur ikan tersebut.

    Pada kebiasaannya, hidangan kaviar akan menggunakan peralatan seperti kayu dan dihidangkan dengan menggunakan alas kaca untuk menunjukkan kemewahan dan taraf menu itu.

    Kebiasaannya, hidangan ini akan menggunakan peralatan kayu dan dihidangkan menggunakan alas kaca untuk menampakkan kemewahan dan taraf menu itu sendiri.

    Pada zaman sekarang, sememangnya sangat susah untuk mencari telur ikan tersebut dan cara untuk mengeluarkan telur daripada ikan tersebut memerlukan kepakaran dan pengalaman kerana ikan tersebut juga mempunyai racun dan anda harus berhati-hati supaya tidak terambil racun tersebut semasa mengeluarkan kaviar itu. – Agensi

    Ikan masak kuah pekat

    Bahan-bahan

    Sekerat ikan merah

    Pes asam jawa sesudu kecil

    Kicap manis satu sudu

    1 biji bawang besar, 1 batang cili merah, cili padi, dihiris

    Garam dan perasa secukup rasa

    Sedikit minyak untuk menggoreng

    Bahan A

    1 biji bawang besar

    4 biji bawang putih

    2 biji bawang merah

    1 inci halia

    Satu sudu makan biji lada hitam

    Cara memasak

    Goreng ikan. Tumbuk bahan A sehingga sebati. Masukkan minyak. Tumis bahan A yang sudah tumbuk sehingga wangi.

    Kemudian letakkan sedikit air.

    Biarkan kuah mendidih terlebih dahulu, selepas itu masukkan pes asam jawa, garam dan kicap.

    Anda juga boleh masukkan gula sedikit jika mahu. Akhir sekali, masukkan bawang besar, cili merah dan cili padi yang sudah dihiris. Sedia dihidangkan.

    Sturgeon bakar

    Bahan-bahan

    Ikan sturgeon

    4 ubi kentang

    4 biji bawang putih

    1 biji bawang besar

    Separuh daripada lemon

    Sesetengah daun ketumbar

    200 gram keju

    Sedikit mayones

    Garam, lada sulah secukupnya

    Sejumlah kecil minyak sayuran

    Cara memasak

    Cuci ikan seperti biasa, bersihkan usus dan bilas dengan baik. Buangkan sirip dan ekor dan bersihkan kulit.

    Masak terlebih dahulu dengan jus lemon. Selepas itu keluarkan daripada periuk dan gaulkan ikan dengan lada hitam dan garam. Sediakan sayur-sayuran. Potong bawang ke dalam bulatan. Selepas itu kupas ubi kentang dan potong dengan nipis-nipis. Taburkan daun ketumbar, tambah sedikit lada, garam dan mayones. Gaul semua bahan dengan rata. Kemudian masukkan ikan ke dalam ketuhar selama satu jam dengan suhu tidak lebih daripada 180 darjah. Kemudian letakkan campuran tadi di bawah ikan tersebut. Letakkan keju yang sudah diparut di atas ikan yang masih panas. Keju yang cair akan memberikan hidangan yang segar dan aroma yang menyenangkan.

    Telur ikan masak kari

    Bahan-bahan

    500 gram telur ikan tenggiri

    4 sudu makan serbuk kari

    1 sudu makan lada kisar

    1 tangkai daun kari

    125 ml air

    125 ml susu cair

    Air asam jawa secukupnya

    Garam dan serbuk perasa secukupnya

    Minyak untuk menumis

    Bahan kisar

    5 biji bawang merah

    4 biji bawang putih

    2.5 cm halia

    1 cm kunyit hidup

    Cara memasak

    Bancuh serbuk kari bersama bahan-bahan kisar dan sebatikan. Tos dan asingkan.

    Kemudian panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan daun kari.

    Biarkan sehingga sedikit layu. Seterusnya masukkan bancuhan serbuk kari tadi bersama lada kisar. Tumis sehingga naik minyak.

    Setelah itu, masukkan telur ikan tenggiri dan air secukupnya. Apabila telah mendidih, masukkan susu cair dan dikacau rata. Biarkan seketika.

    Akhir sekali, masukkan air asam jawa dan perasa tadi secukupnya. Sedia untuk dihidangkan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda