KEADAAN pencemaran yang teruk akan menyebabkan kepupusan haiwan. Faktor ini menyebabkan banyak kehidupan akuatik semakin pupus.
Hidupan seperti ikan lumba-lumba semakin pupus disebabkan pencemaran air terutamanya disebabkan oleh tumpahan minyak di laut dan kegiatan manusia mengotorkan laut.
Beruang panda yang merupakan habitat istimewa yang hanya terdapat di negara China semakin pupus akibat pencemaran alam. Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepada kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makan utama habitat ini.
Pembalakan haram
Pembalakan haram iaitu menebang spesis pokok yang dilindungi seperti meranti dan cengal. Apabila kegiatan pembalakan dijalankan, ia akan memusnahkan spesies tumbuhan yang lain contohnya apabila pokok balak tumbang, ia akan memusnahkan tumbuhan kecil yang berada di sekitarnya dan menyebabkan haiwan lain akan lari dan mati.
Pembakaran hutan
Pembakaran hutan secara terbuka telah menyebabkan spesies-spesies haiwan yang berada di kawasan hutan mati dan terancam.
Pemburu haram
Pemburu secara haram yang berleluasa di hutan-hutan adalah merupakan satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan spesis haiwan. Pemburu haram ini bukan sahaja mengekploitasikan binatang tersebut, malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini.
Permintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap binatang ini menjadi punca utama kegiatan tersebut berleluasa.
Harimau Malaya (harimau belang) merupakan salah satu spesies yang semakin terancam kerana pemburuan terhadapnya semakin tinggi. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan China menyebabkan harimau malaya kini hanya tinggal dengan jumlah yang sedikit.
Peningkatan suhu
Faktor peningkatan suhu dunia juga merupakan punca utama kepupusan flora dan fauna di beberapa negara. Perubahan iklim ini bukanlah perkara baharu dalam kepupusan haiwan ini, di mana antara faktor kepupusan binatang prasejarah seperti ‘dinasour’ adalah disebabkan perubahan cuaca dunia. – Agensi

