Monday, March 27, 2023
21.7 C
Brunei

-

Falcao dikaitkan ke JDT

KUALA LUMPUR, 1 MAC – Bekas penyerang pinjaman Manchester United dan pemain kebangsaan Colombia, Radamel Falcao dikaitkan dengan perpindahan mengejutkan apabila
sedang berunding untuk menyertai juara Liga Super sembilan kali berturut-turut Johor Darul Ta’zim (JDT).

Menurut laporan akhbar Sepanyol, Marca, Falcao yang masih mempunyai kontrak bersama Rayo Vallecano yang bersaing dalam La Liga sehingga Jun ini, sedang menilai tawaran untuk menandatangani kontrak bersama Harimau Selatan.

Laporan itu menyatakan skuad bimbingan Esteban Solari itu mahukan Falcao untuk dua musim akan datang sebelum menjadikan penyerang berusia 37 tahun yang diberi julukan El Tigre sebagai duta kelab dan negeri Johor pascapersaraan.

“Sementara menunggu rundingan terakhir dengan pasukan, penyerang itu (Falcao) sudah menunjukkan dirinya sanggup menghadapi perjalanan profesional baharu walaupun dia juga dalam senarai pilihan Peter Lim untuk memperkuat Valencia,” menurut laporan itu.

Valencia yang dimiliki ahli perniagaan Singapura, Peter Lim, dilaporkan turut berminat mendapatkan khidmat Falcao yang pernah menyarung jersi United pada musim 2014-2015. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -