Monday, March 31, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Falcao julang Monaco, PSG pintas Nice

    PARIS, 5 Feb – Radamel Falcao telah menjaringkan dua gol di separuh masa kedua ketika Monaco menewaskan Nice 3-0 untuk meraih tiga mata penuh dan berada di kedudukan teratas Ligue 1, mengatasi pencabar terdekat itu dengan kelebihan tiga mata.

    Valere Germain menanduk masuk gol pembukaan Monaco pada minit ke-47 di Stade Louis II sebelum Falcao menggandakan jaringan selepas perlawanan memasuki sejam.

    Penyerang Colombia itu menghasilkan gol ketiga ketika perlawanan berbaki sembilan minit, sekali gus menyaksikan Monaco berjaya membalas dendam kekalahan 4-0 kepada Nice ketika perlawanan September lalu.

    Nice hanya mengalami kekalahan kedua mereka musim ini, manakala juara bertahan Paris Saint-Germain (PSG) melonjak ke kedudukan kedua carta dengan perbezaan gol selepas memenangi pertembungan mereka dengan Djon, 3-1.

    “Kami mendahului carta namun masih banyak baki perlawanan perlu ditempuhi. Saya rasa pasukan yang akan bergelar juara liga adalah pasukan yang mengutip mata tertinggi daripada pasukan di luar kelompok lima terbaik,” kata bos Monaco, Jardim.

    Penyerang Monaco dari Colombia, Radamel Falcao (9) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dalam aksi dua pasukan teratas Ligue 1 antara Monaco dan Nice awal pagi tadi. – AFP
    Penyerang Monaco dari Colombia, Radamel Falcao (9) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dalam aksi dua pasukan teratas Ligue 1 antara Monaco dan Nice awal pagi tadi. – AFP

    “Kelebihan tiga mata tidak memberi apa-apa makna. Ia bagus tetapi saya memberitahu para pemain untuk berhati-hati dengan sesuatu yang boleh menjejaskan kami.”

    Jardim memanggil semula beberapa pemain antarabangsa yang direhat ketika Monaco mencatatkan kemenangan 5-4 dalam masa tambahan terhadap kelab divisyen tiga, Chambly, pada aksi 32 terbaik Piala Perancis. Dengan Falcao, Bernardo Silva dan Danijel Subasic kembali dalam pasukan.

    Nice hanya bolos 15 jaringan dalam liga sebelum tiba di Monaco, dan penjaga gol Yoan Cardinale dilindungi dengan baik di separuh masa pertama yang sepi. Tetapi Monaco, yang mempunyai purata tiga jaringan dalam setiap perlawanan musim ini, telah menghukum pertahanan leka Nice apabila perlawanan separuh masa kedua baru sahaja bermula.

    Di Dijon, PSG telah menjaringkan dua gol dalam 10 minit terakhir menerusia kapten Thiago Silva dan penjaring terbanyak mereka, Edinson Cavani bagi mengekalkan rentak mengejar Monaco.

    Lucas memberikan pendahuluan bagi pasukan Unai Emery di minit ke-29 di Stade Gaston Gerard, tetapi Dijon berjaya memperoleh jaringan penyamaan dua minit kemudian apabila Julio Tavares menewaskan Alphonese Areola.

    Di minit ke-81, penjaga gol Dijon, Baptiste Reynet berjaya menampan tandukan Thiago Silva, namun percubaan kali kedua kapten PSG telah mengembalikan pendaluan PSG, sementara Cavani telah mencatatkan golnya ke-22 musim ini dengan menendang masuk bola yang melantun hasil percubaan pemain gantian Goncalo Guedes. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda