Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    FAM bakal bariskan pengadil FIFA

    SHAH ALAM, 24 NOV – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberi jaminan akan membariskan pengadil tempatan terbaik untuk mengadili perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

    Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman berkata badan induk itu akan ‘menurunkan’ pegawai berkaliber yang mendapat pengiktirafan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk mengawal perlawanan dengan lancar pada pertemuan epik antara Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

    “Final akan berjalan dengan lancar (tanpa isu melibatkan pengadil) kerana kita telah menyenaraikan pengadil terbaik. Kesemua pengadil pertama, kedua dan ketiga ada pengiktirafan FIFA,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis mengumumkan kerjasama antara FAM dan Puma di sini, kelmarin.

    Kualiti pengadil kerap menjadi perbualan hangat dalam saingan Liga Malaysia, dengan pelbagai kritikan diluahkan peminat.

    FAM mempunyai enam orang pengadil FIFA iaitu Razlan Joffri Ali, Amirul Izwan Yaacob, Mohd Nazmi Nasaruddin,  Suhaizi Sukri, Tuan Mohd Yaasub Tuan Mohd Hanafiah dan Usaid Jamal.

    Saingan final Piala Malaysia kali ini bakal menyaksikan pertembungan antara pasukan paling cemerlang dalam sejarah pertandingan itu, Selangor dengan 33 gelaran menentang juara dua kali, JDT.

    Skuad Gergasi Merah kendalian Tan Cheng Hoe mara ke final selepas mencatat kemenangan agregat 3-2 ke atas Terengganu FC (TFC) pada aksi separuh akhir, manakala JDT, yang sudah pun meraih gelaran Liga Super kali kesembilan berturut-turut dan Piala FA musim ini, menewaskan Sabah FC dengan agregat 4-1. – Bernama

    Noor Azman berkata badan induk itu akan ‘menurunkan’ pegawai berkaliber yang mendapat pengiktirafan FIFA untuk mengawal perlawanan dengan lancar pada pertemuan epik antara Selangor FC dan JDT. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...