Isnin, 24 November 2025
Klik Lagi

    FAM hantar surat

    KUALA LUMPUR, 29 DIS – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menghantar surat rasmi kepada Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) berhubung ketidakpuasan hati badan itu ke atas mutu pengadilan pada aksi penuh kontroversi melibatkan Vietnam dan Malaysia dalam saingan Kumpulan B Piala AFF 2022 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Selasa lepas.

    Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman dalam kenyataan memaklumkan tindakan mengutus surat kepada AFF hari ini dilakukan selepas Sekretariat Agung FAM mendapatkan pandangan daripada Jawatankuasa Penilai Pengadil FAM dipengerusikan Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram yang telah berbincang dan meneliti klip video beberapa insiden sepanjang perlawanan berkenaan.

    “Susulan itu, surat rasmi yang menyatakan ketidakpuasan hati FAM terhadap tindakan dan keputusan pengadil pada perlawanan berkenaan telah pun dihantar ke Setiausaha Agung AFF, Winston Lee pada petang tadi bagi memastikan tindakan selanjutnya dapat diambil oleh badan induk bola sepak Asia Tenggara itu,” katanya.

    Kontroversi tercetus apabila pengadil dari Jepun, Ryuji Sato memberikan sepakan penalti kepada tuan rumah dan turut melayangkan kad merah kepada Muhammad Azam Azmi Murad pada minit ke-62 selepas pengadil dari Jepun itu mendakwa pemain muda Terengganu FC telah melakukan kekasaran ke atas Doan Van Hau di luar padang. – Bernama

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    TAWAU, 23 NOV - Kementerian Pertahanan merancang menambah kekuatan...

    Perlawanan badminton erat persahabatan Brunei, Indonesia

    Seramai 16 pemain Badminton Veteran Bengkurong Community (BVBC) yang...

    Kick for Joy asah bakat bola sepak belia

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV –...

    Terkini

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Kamera milik mendiang Paus Francis dijual AS$7.5 juta

    VIENNA, 23 NOV - Sebuah kamera milik mendiang Paus...