Thursday, January 23, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    FAM puas hati keadaan padang SNBJ menjelang aksi Harimau Malaya, Taiwan

    KUALA LUMPUR, 30 MEI – Permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) berada pada tahap terbaik menjelang perlawanan terakhir Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Taiwan, 11 Jun ini.

    Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman berkata badan induk itu berpuas hati dengan tahap keadaan gelanggang keramat skuad Harimau Malaya itu selepas kualiti permukaan padangnya mendapat kritikan beberapa kali sebelum ini.

    Katanya, aspek keselamatan di SNBJ turut dititikberatkan sambil beliau menjangkakan kehadiran penonton yang ramai pada pertembungan itu nanti.

    “Setakat ini, padang SNBJ amat memuaskan dan kita amat puas hati. Kita lihat stadium cukup bersedia dan sudah mengadakan mesyuarat LOC (Jawatankuasa Pengelolaan) dan Jawatankuasa Keselamatan bagi memastikan keselamatan terjaga,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM di Kelana Jaya, semalam.

    Pada masa sama, beliau turut berharap penyokong dapat membanjiri SNBJ untuk memberikan sokongan pada skuad negara kendalian Kim Pan Gon yang terlebih dahulu menentang Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun ini sebelum menentang Taiwan, lima hari kemudian.

    Sementara itu, Noor Azman berkata FAM berusaha mendapatkan aksi persahabatan antarabangsa untuk pasukan Malaysia sebagai persediaan bertemu Kyrgyzstan dan Taiwan, namun menemui jalan buntu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda