Saturday, November 16, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    FAM rehatkan pengadil, pengadil VAR aksi tertangguh Perak-JDT

    KUALA LUMPUR, 15 NOV – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) merehatkan pengadil dan pengadil Video Bantuan Pengadil (VAR) yang ditugaskan pada perlawanan tertangguh Liga Super antara Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim Ahad lepas.

    Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram berkata Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil telah membuat analisis berkaitan insiden situasi sepakan penalti pada minit ke-38 dan pergelutan pada minit ke-84 melibatkan pemain JDT, Arif Aiman Mohd Hanapi serta pemain Perak, Tommy Mawat Bada.

    Sivasundaram yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM berkata analisis kedua-dua insiden berkenaan dilakukan berpandukan Undang-undang Permainan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan mendapati keputusan pengadil perlawanan serta pengadil VAR adalah kurang tepat.

    “Sehubungan itu Jawatankuasa Pengadil FAM mengambil keputusan untuk merehatkan pengadil dan pengadil VAR terbabit sebanyak dua perlawanan daripada sebarang tugas pengadil di Liga Profesional dan Liga Amatur.

    “Selain direhatkan untuk dua perlawanan, kedua-dua pengadil berkenaan juga akan dirujuk ke fasa pemulihan dan pemurnian sebelum diberikan tugas pengadil,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda