Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    FAM sudah kemuka rayuan kepada FIFA

    KUALA LUMPUR, 15 OKT – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah memfailkan rayuan rasmi kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung keputusan tatatertib isu dokumentasi kelayakan tujuh pemain kebangsaan.

    Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, pihaknya bertindak pantas setelah menerima penghakiman penuh FIFA pada 7 Oktober lepas dengan pasukan perundangan FAM menyiapkan segala dokumen untuk diserahkan sebelum tarikh akhir.

    Beliau berkata, persediaan memfailkan rayuan dilakukan dengan teliti bagi mengelakkan sebarang masalah timbul pada peringkat seterusnya.

    “Sudah tentu apabila kita mengemukakan rayuan harapan kita supaya rayuan diterima, memperoleh keputusan positif dan berpihak kepada kita.

    “Proses rayuan itu seperti pusingan kedua untuk kami dan tentu sekali persiapan lebih baik, kemas dan teliti, ia tidak dibuat sambil lewa atau pun secara terdesak,” katanya ketika ditemui pada aksi Kumpulan F pusingan Kelayakan Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Laos di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam. – Bernama

    Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi ketika sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM Kali ke-4 di Wisma FAM, Kuala Lumpur pada 4 September. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda