Tuesday, March 18, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fara kembali memasuki konti

    Lebih tiga tahun meninggalkan dunia penyiaran radio, penyampai popular, Fara Fauzana kembali ke konti untuk mengubat rindu para peminatnya, baru-baru ini.

    Fara yang bersiaran menerusi slot Team Pagi Suria bersama rakan penyampai, Issey dan Fizi Ali menyifatkan, tawaran diberikan sebagai peluang untuk kembali mendekati pendengar yang merindui suaranya.

    Terdahulu, Fara, 39, pernah menjadi penyampai jemputan untuk stesen sama sempena kempen Super 8 Suria pada awal tahun ini.

    “Tidak kira di stesen mana kita bertugas, paling penting adalah fokus dalam menyampaikan maklumat dan menghiburkan pendengar ketika ke udara. Semangat masih tetap sama kerana saya mahu kehadiran memberikan keceriaan kepada pendengar,” katanya.

    Sementara itu, Pengurus Kanan Suria, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali dengan sebagai DJ Lin berkata, kehadiran Fara yang memiliki reputasi tersendiri mampu memberikan impak kepada stesen itu.

    “Melihat kepada maklum balas positif dan keserasiannya bersama Issey dan Fizi Ali ketika diundang sebagai penyampai jemputan, sedikit masa lalu menjadikan Fara pilihan terbaik melengkapi trio pagi,” katanya.

    Tambahnya, kehadiran Fara juga diharap menjadi pemacu untuk menceriakan lagi suasana pagi di stesen terbabit menerusi kandungan program yang lebih segar, menarik dan interaktif.

    Slot pagi yang kini dikenali sebagai Team Pagi Suria x Fara Fauzana ke udara setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 6 hingga 10 pagi. Fara memulakan kerjaya sebagai penyampai radio di Era FM pada 2003, seterusnya berhijrah ke Hot FM pada 2006. Selepas sedekad bersama Hot FM, Fara mengambil keputusan berundur pada 27 Februari 2016. – Agensi

    Kehadiran Fara juga diharap menjadi pemacu untuk menceriakan lagi suasana pagi di stesen terbabit menerusi kandungan program yang lebih segar, menarik dan interaktif. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda