Wednesday, April 17, 2024
31 C
Brunei

    -

    Fara Nadiah elak kontroversi untuk dikenali

    Mula melibatkan diri dalam dunia seni sejak usia kanak-kanak, pelakon, Fara Nadiah bagaimanapun akur nama masih belum cukup popular berbanding rakan-rakan artis yang baru sahaja muncul dalam industri.

    Percaya pada rezeki, Fara atau Farah Nadiah Zulkifli, 22, dalam masa sama enggan mengambil jalan mudah dengan sengaja mencipta kontroversi supaya lebih dikenali.

    “Mungkin bukan rezeki saya untuk menjadi popular seperti rakan artis yang sama usia.

    Saya percaya suatu hari nanti akan sampai tahap begitu. Saya percaya pada rezeki.

    “Sebab itu bukan sahaja perlu menjaga kualiti dalam lakonan, kita juga haruslah berusaha untuk mencapai satu tahap yang lebih tinggi dan dikenali.

    Fara jaga nama baik dan enggan terlibat dengan kontroversi. – Agensi

    “Saya memang cu-ba untuk elak dari terlibat dengan sebarang kontroversi. Namun kita tidak tahu apa yang akan terjadi di masa akan datang. Kalau boleh tak mahu nama dikenali kerana perkara viral yang tidak elok,” katanya kepada wartawan.

    Tidak menolak kontroversi juga sebagai satu jalan ‘marketing’, Fara bagaimana pun menganggap ia tidak perlu berlebihan sehingga melibatkan banyak pihak.

    Dalam masa sama dia juga yakin media sosial adalah medium terbaik untuk mempromosikan diri di zaman kini.

    “Memanglah kontroversi satu perkara bagus untuk marketing, tetapi janganlah keterlaluan sehingga melibatkan ramai orang.

    “Kita pun tak boleh nafikan ramai yang suka kontroversi. Namun kalau ada yang rancang nak buat sebegitu cukuplah sekadar dilakukan dengan orang terdekat sahaja.

    “Bagi saya kita perlu menjaga nama. Sebab itu saya lebih fokus kepada di sosial media.

    Dari situlah lebih ramai orang boleh kenal sekarang ini. Ada yang tidak mengenali saya sebagai pelakon tapi tahu saya sebagai pempengaruh,”ujarnya.

    Sebagai seorang yang telah memulakan kerjaya di usia muda, Fara turut berkongsi nasihat supaya mementingkan bakat bagi jika mahu serius terlibat dalam industri.

    “Berlakon ini memerlukan bakat. Kepada sesiapa yang mahu terlibat dalam industri perlulah ada bakat kerana ia sangat penting,” jelasnya.

    Terbaharu Fara tampil dengan filem berjudul Irama Kita yang bakal ditayangkan di aplikasi Tonton.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemimpin China, Jerman bincang krisis Ukraine

    BEIJING, 17 APRIL - Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Canselor Jerman, Olaf Scholz di Wisma Tetamu Diaoyutai Beijing, kelmarin. Pemimpin kedua-dua negara bertukar-tukar pandangan...