Thursday, February 13, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Farid Kamil enggan ceraikan Diana Danielle

    Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan kelmarin diberitahu bahawa pelakon Farid Kamil enggan melafazkan cerai terhadap isterinya yang juga pelakon Diana Danielle.

    Peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari, 43, berkata berikutan anak guamnya tidak mahu melafazkan cerai terhadap Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 33, selaku plaintif, perkara itu akan dibawa ke Jawatankuasa Pendamai (JKP).

    “Pada prosiding hari ini, mahkamah perlu mendapatkan persetujuan pihak suami (Farid) sama ada beliau mahu lafaz (cerai) atau tidak. Keputusan (hari ini) Farid tidak mahu lafaz dan ingin berusaha mencari pendamaian serta akan melantik JKP pada 21 Januari depan,” kata peguam syarie itu kepada pemberita selepas prosiding secara tertutup di hadapan Hakim Syarie Abdul Fattah Kamarudin.

    Sementara itu, peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Diana ketika ditemui pemberita berkata pemohonan cerai hari ini tidak dapat diteruskan kerana defendan (Farid) tidak bersetuju melepaskan Diana dengan cara baik.

    “Oleh itu mahkamah melantik JKP untuk melihat dan mendengar kedua-dua pihak dan ia akan membawa cadangan kepada mahkamah tentang apa sebenarnya kedudukan rumah tangga mereka.

    “Plantif (Diana) sudah melantik wakil JKP, manakala defendan akan lantik wakil JKP sebelum 21 Januari depan dan mahkamah akan mendengar laporan yang disediakan pengerusi JKP pada 24 Mac 2025,” kata peguam syarie itu. – Bernama

    Farid Kamil ketika hadir bagi prosiding tuntutan permohonan cerai di Kompleks Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda